Kisah Kemuliaan Hati Abu Dhamdham Sahabat Rasulullah SAW
KompasNusantara - Tidak banyak maklumat mengenai kisah Abu Dhamdham.
Bergenang air mata membaca kisah beliau.
Rupanya Abu Dhamdham ini merupakan sahabat Nabi yang sangat miskin.
Suatu hari, Rasulullah perintahkan beliau agar bersedekah. Namun hari itu, Abu Dhamdham tidak menjumpai apa-apa untuk disedekahkan.
Maka dalam kegelapan malam, beliau mendirikan solat tahajjud dua rakaat lalu berdoa sepenuh hati kepada Allah SWT.
"Ya Allah ya Tuhanku, orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka. Mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka(untuk berjihad) dan yang memiliki unta boleh menyiapkan unta mereka.
Sedangkan aku ini Ya Allah, tidak mempunyai harta benda, kuda ataupun unta.
Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepadaMu dengan doaku ini, dan terimalah sedekahku ini.
"Ya Allah, setiap orang yang berbuat zalim kepadaku, atau mencelaku, atau mencaciku, atau menyakitiku daripada kalangan kaum muslimim, maka jadikanlah mereka sentiasa sehat, mendapat kemudahan dan menerima kemaafan daripada-Mu"
Rasulullah SAW juga pernah bertanya kepada para sahabat, "Apakah kamu tidak mampu menjadi seperti Abu Dhamdham?"
Sahabat pun bertanya, "Siapakah Abu Dhamdham itu ya Rasulullah?"
Baginda menjawab, "Sesungguhnya dia, apabila bangun pagi, dia berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah serahkan diriku dan kehormatanku kepadaMu. Maka aku tidak akan mencela orang yang mencelaku, tidak akan menzalimi orang yang menzalimiku, dan tidak akan memukul orang yang memukulku"
Subhanallah, Allah menerima amalan sedekah Abu Dhamdham walau beliau bersedekah dengan doa.
***
Tutup buku, Tutup mata, Tarik nafas, Sungguh sangat muliah bila tahu kemuliaan hati Abu Dhamdham.
"Ya Allah, jadikan jiwa kami besar, sebesar jiwa sahabat Nabi, Abu Dhamdham."
***
Sudah bersedekah hari ini?